Thursday, 11 September 2025

Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025

 Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 akan menjadi titik pertemuan bersejarah antara dunia persilatan dan dunia akademik. Pada bulan November 2025, tujuh orang sarjana dan pakar tersohor akan membentangkan kertas kerja mereka, memperkaya wacana tentang seni silat Melayu dari pelbagai sudut ilmu. Acara ini bukan sekadar pentas penghimpunan, tetapi sebuah wadah penyampaian, pengembangan, dan pelestarian warisan agung silat Melayu yang merentasi generasi.


Lebih daripada setengah abad selepas Konvensyen Silat Melayu Kebangsaan yang bersejarah di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1973, konvensyen kali ini menandai kesinambungan sebuah tradisi keilmuan yang luhur, dengan semangat memperteguh kedudukan silat Melayu sebagai warisan budaya dan disiplin ilmu yang relevan di persada antarabangsa.


#KonvensyenSeniSilatMelayu2025

#MatraSilat

#AppliedSilat



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025

  Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 akan menjadi titik pertemuan bersejarah antara dunia persilatan dan dunia akademik. Pada b...