Assalamualaikum and May Peace Be Upon You...
Sudah terhantuk baru terngadah... satu ungkapan yang merupakan satu amaran supaya kita berjaga-jaga dan membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Bangsa Melayu merupakan satu bangsa yang agung suatu masa dahulu. Bangsa yang disegani bangsa-bangsa lain. Bangsa yang kaya dengan ilmu, budaya dan juga material. Namun begitu bangsa ini menghadapi cabaran demi cabaran, serangan demi serangan sama ada dari luar mahupun dari dalam. Lama-kelamaan segala ilmu, budaya dan harta Bangsa Melayu semakin hilang ditelan arus zaman.
Tanyalah masyarakat Melayu kini, berapa orang yang belajar silat? Berapa orang yang boleh membaca dan menulis dalam Jawi? Berapa orang yang boleh menganyam ketupat? Berapa orang yang tahu apa itu keris dan apa signifikannya dalam Budaya Melayu? Berapa orang tahu cara sebenar mengikat sampin? Itu belum lagi ditanya, ada parang di rumah? Memang benar kata seorang tokoh politik dahulu, "Melayu Mudah Lupa"...
Melayu lupa di dalam kesenangan hidup kontemporari... leka dengan laman sosial, leka dengan handphone dan internet, leka dengan online games dan sebagainya. Bila ditanya mengenai silat, mereka kata sekarang orang pakai pistol, tak main la silat silat ni. Satu jawapan yang tak masuk akal sebenarnya tapi itulah yang cuba dan berjaya ditanamkan oleh pihak orientalis Barat. Melayu sekarang sudah hilang identiti Melayunya. Hanya Melayu pada kad pengenalan, nama pun dah ramai yang tak Melayu. Guru pernah berkata, Orang Melayu ni lebih Mat Salleh dari Mat Salleh...
Di satu lagi hujung spektrum keasyikan Bangsa Melayu di dalam lenanya, terdapat pula golongan-golongan yang kononnya Islamic. Segalanya hendak diharamkan sampai semua tak boleh buat. Itu bid'ah, ini haram... baru belajar sedikit sudah menjulang ekor tinggi ke langit. Pakai Baju Melayu itu tidak Islamic. Kena pakai jubah dan serban, barulah Islam. Mintak maaf bang, hadis mana kau pakai ni? Kitab mana kau cedok ni? Dalam Al-Qur'an hanya menyuruh mereka yang beriman untuk menutup aurat, tidak pulak dinyatakan bagaimana. Itu baru bab pakaian, belum lagi bab fahaman, amal ibadat, pergaulan... tak payah lah bawak fahaman Pak Wahab, bang... kata nak berjuang, nak berjihad, tapi pegang pedang pun tak tahu... jangan jadi keyboard warrior je...
Pada saya, tidak salah untuk kita mengenakan seluar jeans dan t-shirt asalkan menutup apa yang patut di tutup dan kelihatan kemas sesuai dengan kedudukan kita sebagai orang Islam, orang Melayu. Juga biarlah sesuai dengan majlis yang kita hadiri. Nak bercakap Bahasa Inggeris ke, Bahasa Arab ke, Bahasa Russia sekali pun, silakan... tapi Bahasa Melayu jangan ditinggalkan. Adab dan adat Melayu tu jaga lah... kalau tak tahu, belajar lah. Orang Melayu ni penuh dengan kesederhanaan di sebalik ketinggian Budi dan Pekerti. Kehalusan Budaya Melayu itu penuh dengan isyarat.
Melayu sering leka di dalam comfort zone masing-masing... janganlah sampai masa nak perang baru nak ketuk besi buat parang... kalau sempat buat parang tu pun, kalau takde ilmu nak gunakan parang tu, tak guna jugak... Rasulullah SAW menyarankan kita belajar memanah, bermain pedang dan berkuda bukan sebab nak cari gaduh dengan orang lain tapi sebagai persediaan. Dalam surah Al-Anfal ayat 60 Allah berfirman,
"Dan hendaklah kamu membuat persediaan apa yang sekuasa-kuasa bagi kamu dari kekuatan..."
Berdasarkan ayat itu jugalah hamba yang hina ini terpanggil untuk menyusun semula satu sistem ilmu pedang warisan nenek moyangnya 1,400 tahun yang lampau. Satu kaedah beladiri yang menggunakan pedang sebagai senjata utamanya. Sistem ini berbeza daripada apa yang biasa dilihat sebelum ini. Jika hendak disebut, permainannya Permainan Laksamana bukan Permainan Hulubalang. Tapaknya tapak dua. Seni yang namanya sudah hilang ditelan zaman ini dilahirkan semula dan diberi nafas baru, dan kini dikenali sebagai Seni Sukma Kencana.
Nara Martial Arts Academy documents the evolution of Southeast Asian combat traditions, weapon design, and tactical innovation. From historical research to modern applications, this platform explores martial arts, biomechanics, and advanced defence technologies—including the ArMAS initiative.
Monday, 23 April 2018
Tuesday, 17 April 2018
Kursus Sehari Asas Seni Pedang
Assalamualaikum and may Peace be upon you...
InsyaAllah, Seni Sukma Kencana akan mengadakan dua bengkel sehari asas seni pedang Sukma Kencana di dua lokasi yang berbeza iaitu di Tanjong Malim, Perak dan juga di Hang Tuah Centre, Melaka. Bengkel asas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum mengenai seni pedang Sukma Kencana. Seni Sukma Kencana merupakan satu sistem seni beladiri Melayu berasaskan seni pedang yang bebas daripada tahyul dan khurafat. Seni pedang ini merupakan warisan daripada keturunan Sheikh Abdul Latif Al-Khalidi Talu. Ia juga merupakan satu usaha untuk menggalakkan aktiviti sunnah di kalangan masyarakat Melayu.
Peserta bengkel akan didedahkan dengan adab atau etika berpedang, cara memegang pedang, bahagian-bahagian pedang, teknik-teknik asas seni pedang dan kaedah asas di dalam Seni Pedang Sukma Kencana. Bengkel ini juga akan memberi pendedahan mengenai teknik-teknik asas pedang luar negara sebagai perbandingan.
Seni bermain pedang dapat menanamkan disiplin di kalangan pengamalnya kerana pedang merupakan senjata yang memerlukan konsentrasi dan kemahiran yang tinggi untuk mengendalikannya dengan berkesan dan selamat. Ia merupakan satu latihan kinestetik dan psikomotor dan juga dapat mengasah tindakbalas refleks kepada pengamalnya.
Para peserta dikenakan yuran bengkel sebanyak RM100 yang boleh dibayar melalui online untuk menempah tempat di dalam bengkel ini kerana tempat adalah terhad bagi setiap sesi. Peserta akan dibekalkan dengan sebilah pedang latihan, sijil penyertaan dan makan tengahari juga akan disediakan oleh pihak penganjur. Pedang latihan boleh dibeli dengan harga istimewa bagi peserta bengkel. Pemakaian busana Melayu amatlah digalakkan ketika bengkel berlangsung.
Mereka yang berminat boleh menghubungi saya melalui whatsapp di 018 979 1019 atau boleh berhubung dengan pihak Seni Sukma Kencana di page Facebook Seni Sukma Kencana @senisukmakencana. Bengkel di Tanjong Malim dijalankan dengan kerjasama tuan Mamat Khalid dan Sarang Art Hub, manakala kerjasama bersama Dr RA Huzaifah dan PERANTARA akan menjayakan bengkel di Hang Tuah Centre, Melaka.

Jelajah Pedang 2
Assalamualaikum and may peace be upon you...
Pedang merupakan senjata khusus yang telah dicipta untuk fungsi yang spesifik. Ia bukanlah berasal daripada alat pertanian atau serbaguna yang diubahsuai untuk kegunaan sebagai senjata. Daripada awal penciptaannya, pedang direkabentuk sebagai senjata. Di dalam Alam Melayu, pedang sebenarnya memainkan peranan penting dalam sistem sosio-budaya Melayu. Namun begitu, keris telah diangkat sebagai lambang kedaulatan Bangsa Melayu itu kerana keris merupakan satu senjata yang unik kepada Bangsa Melayu.
Berbanding keris, pedang adalah senjata tempur yang khusus digunakan ketika peperangan dan pertempuran yang melibatkan ramai musuh. Ia juga digunakan untuk menjalankan hukuman seperti hukuman pancung terhadap mereka yang melakukan kesalahan besar seperti derhaka kepada Raja dan mengkhianati Kerajaan. Di dalam Islam pula, hukuman mati dilaksanakan melalui kaedah pancung dengan menggunakan pedang. Ia merupakan senjata yang agak versatile, tetapi memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengendalikannya dengan baik.
Pedang merupakan senjata utama yang sering digunakan di dalam peperangan terbuka, khususnya di kawasan lapang dan bagi pasukan berkuda. Selain pedang, lembing dan tombak juga digunakan. Pedang bukan sekadar senjata perang, tetapi juga merupakan sunnah Rasulullah SalAllah 'Alaihi Wasallam. Di dalam sebuah hadis, Rasulullah berpesan, "Ajarilah anak-anak kamu memanah, bermain pedang dan berkuda". Ini adalah kerana jika dikaji secara terperinci, bermain pedang merupakan satu aktiviti yang memerlukan kemahiran psikomotor dan kinestetik. Ia juga memerlukan tindakan refleks yang pantas dan konsentrasi yang tinggi.
Di dalam Alam Melayu, terdapat pelbagai bentuk pedang yang dicipta mengikut gaya permainan yang tertentu. Pedang Melayu biasanya mempunyai mata yang kurang daripada 30 inci panjang. Saiz ini adalah bersesuaian dengan susuk tubuh orang Melayu. Ini juga kerana senjata Melayu biasanya akan diukur mengikut kesesuaian pemakainya. Satu lagi faktor yang menentukan saiz pedang ini ialah kaedah persilatan yang berkait rapat dengan rekabentuk senjata Melayu.
Silat adalah nama yang merujuk kepada sistem beladiri yang khusus bagi Bangsa Melayu. Terdapat pelbagai bentuk silat di Alam Melayu ini, dan kepelbagaian ini juga mempengaruhi rekabentuk senjata seperti pedang, parang, keris dan sebagainya. Di antara jenis pedang Melayu termasuklah pedang jenawi, pedang chunderik, pedang cenangkas, sundang, sikin, pedang anak buaya, pedang Melayu, syamsir dan tulwar. Pedang juga disebut sebagai "klewang" di Indonesia.
Seni pedang Melayu merupakan satu seni yang kian hilang kerana permainannya pernah dihadkan kepada golongan istana dan kerabat diraja. Kemahiran bermain pedang ini memerlukan masa dan ketekunan untuk mencapai tahap kecekapan yang tinggi. Mungkin kerana itu juga, permainannya terhad di kalangan golongan bangsawan yang mempunyai masa untuk berlatih berbanding dengan rakyat biasa yang mempunyai banyak tugasan harian. Harga sebilah pedang juga merupakan satu faktor. Jika seekor lembu atau kerbau merupakan mahar untuk memperolehi sebilah keris yang baik, bayangkan apa yang perlu dibayar untuk menempa sebilah pedang?
Pedang berbeza dengan parang kerana ianya merupakan senjata dan bukan alat pelbagai guna. Sesetengah parang telah terevolusi untuk menjadi senjata sepenuhnya tetapi ianya tetap berasal daripada alat pertanian. Mata parang biasanya adalah lebih berat berbanding dengan mata pedang kerana fungsinya untuk menebas dan menebang. Pedang pula direkabentuk untuk memotong dan menghiris serta menikam tubuh manusia. Seni permainan pedang pula sebenarnya tidak menggalakkan perlagaan mata pedang kerana ini boleh merosakkan mata pedang itu dan mengurangkan keberkesanannya sebagai senjata.
Saya tidak memasukkan sundang Moro atau sundang Bugis di dalam kategori pedang Melayu kerana sundang Moro ini biasanya dikelaskan sebagai keris, walaupun permainannya agak serupa dengan pedang.

![]() |
Beberapa bilah chunderik dan sundang Melayu |
![]() |
Pedang chunderik dengan mata yang agak panjang |
![]() |
Pedang syamsir dan kilij dari Turki, ada yang digunakan di Alam Melayu |
![]() |
Pedang atau sundang yang digunakan untuk membunuh residen British, JWW Birch di Pasir Salak |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025
Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 akan menjadi titik pertemuan bersejarah antara dunia persilatan dan dunia akademik. Pada b...

-
Haji Muhammad Hanif bin Haji Hosainel Majidi 1 1 Nara Martial Arts Academy ABSTRAK Parang lading merupakan senjata orang Kedah...
-
In Silat, a strike is never just a strike. Behind the graceful motion of a langkah or the devastating arc of a parang lading lies a deeper f...
-
Sometimes we think of lineage as something you can only trace physically. Teacher to student, master to disciple, one hand passing to the ne...