Assalamualaikum and may Peace be upon you... Allah berfirman di dalam kitab suci Al-Qur'an, dalam ayat ke-60 surah Al-Anfaal, mafhumnya:
"Hendaklah kamu membuat persediaan apa yang sekuasa-kuasa bagi kamu dari kekuatan..."
Ayat ini menggambarkan betapa pentingnya kita membuat persediaan untuk menghadapi apa-apa kemungkinan yang boleh mengganggu keamanan dan kesejahteraan kita dan keluarga kita. Begitu pentingnya kita membuat persediaan ini sehingga Allah menyatakannya di dalam Al-Qur'an.
Persediaan yang dimaksudkan di sini boleh diertikan sebagai persediaan dari segi alatan dan kaedah untuk menjaga keselamatan. Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, bermain pedang, berenang dan memanah”
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Daripada ayat Al-Qur'an dan hadis di atas, jelaslah bahawa membuat persediaan (bersenjata) dan bermain pedang merupakan antara tanggungjawab kita sebagai Muslim lagi Mukmin. Saya terpanggil untuk menulis mengenai perkara ini kerana kita kerap mendengar pelbagai alasan daripada orang Melayu sendiri apabila diajak untuk belajar seni beladiri umumnya.
Kita sering mendengar kata-kata seperti sekarang ni orang dah tak pakai pedang, tembak dengan pistol je... ataupun tak minat la... buat apa nak main pedang? dan bermacam-macam lagi alasan dan kadangkala ejekan yang dilemparkan kepada penggiat seni beladiri dan mereka yang berminat untuk belajar.
Yang kata tembak dengan pistol tu, awak ada pistol? Cuba tembak saya sekarang... boleh? Kalau pistol dah habis peluru, awak nak buat apa? Pernah terfikir kenapa tentera pun ada bayonet di hujung senapang mereka? Anggota pasukan keselamatan yang bersenjata pun tidak dibenarkan membawa pulang senjata api mereka. Pernah terfikir kenapa pegawai tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua memakai pedang ke medan perang?
Mungkin ada di antara kita pula berfikir aku dah dewasa, takkan nak main pedang lagi? Untuk makluman saudara saudari tuan puan sekalian... kita yang dewasa ni lah sepatutnya belajar bermain pedang... Kalau kita sendiri tak reti, macam mana nak ikut sunnah Nabi? Macam mana kita nak ajar anak-anak kita? Fikir-fikirkan lah...
Ahli-ahli korporat di Jepun tetapnya meluangkan masa untuk berlatih kendo sebelum masuk ke pejabat. Kenapa? Nak berperang dengan komputer ke? Sebenarnya aktiviti bermain pedang atau traditional fencing ini banyak kelebihannya. Kalau tak ada faedah, buat apa Nabi suruh umatnya bermain pedang, kan? Di sini saya merujuk kepada kaedah permainan pedang sepertimana yang diamalkan ratusan tahun yang lalu, bukan Olympic Sport Fencing dan kendo moden yang telah hilang atau kurang nilai-nilai praktikal dan isinya.
Di antara kelebihan atau faedah belajar bermain pedang ini ialah pengamalnya dapat melatih minda untuk fokus, dan juga sebagai latihan psikomotor iaitu melibatkan kordinasi, pergerakan, ketangkasan, kelincahan dan kekuatan tubuh badan. Ia juga merupakan satu bentuk senaman holistik kerana ia bukan sahaja melibatkan pergerakan fizikal malah tumpuan mental. Permainan pedang menggalakkan kita supaya lebih alert kepada keadaan sekeliling dan melatih situational awareness.
Terdapat banyak kaedah tradisional yang masih diamalkan dan semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat moden. HEMA atau Historical European Martial Arts berpandukan "kitab-kitab" atau treatise yang ditulis pada abad ke-14 hingga awal abad ke-20 dan sebahagian besar daripadanya adalah kaedah permainan pedang. Iaido atau The Art of Drawing the Sword daripada Jepun menitikberatkan teknik menewaskan musuh dalam sekelip mata, daripada pedang masih tersimpan di dalam sarungnya. Terdapat beberapa lagi contoh seni beladiri yang menggunakan pedang yang masih diamalkan sehingga kini.
Permainan pedang merupakan satu seni yang semakin hilang dalam masyarakat kini. Saya lebih suka menggunakan istilah seni pedang kerana ianya bukan sekadar permainan atau sukan. Seni pedang merangkumi pelbagai aspek yang meliputi kajian sains seperti fizik dan kinestetik, psikologi, falsafah dan lain-lain. Teknik seni pedang sebenarnya bukan semudah menetak atau memukul musuh dengan pedang. Faktor-faktor seperti angle of attack, edge alignment, point of percussion, rekabentuk pedang dan bahan buatan pedang itu turut memainkan peranan. Pedang adalah pedang dan bukan parang atau tongkat. Untuk belajar seni pedang, kita perlu kenal apakah itu pedang, ciri-cirinya, kelebihan serta kelemahannya supaya kita dapat menggunakannya secara optimum. Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.