Wednesday, 21 February 2018

[Untuk Dimaharkan] Pedang Pendek

Assalamualaikum and May Peace be upon you. Di sini, ingin saya paparkan sebilah pedang pendek rekabentuk custom dan eksklusif untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dan ditakdirkan untuk memilikinya.



Pedang ini berukuran 24 inci keseluruhan, dengan bilah mata 15 inci dan hulu 8.5 inci. Matanya diperbuat daripada high-carbon steel (besi spring) sepuhan minyak dan air, dihiasi dengan teknik electroetching dan gilding. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu rhu (Casuarina sp.) yang telah disapukan stain dan dilindungi 3 lapisan lacquer. Sebagai pemanis, pedang ini turut dipasangkan dengan tanduk kerbau pada temi dan mulut serta kasut atau tapak sarungnya. Mata pedang ini dikemaskan kepada hulunya dengan menggunakan gam dan disokong oleh 2 batang pasak buluh, seperti yang sering digunakan pada senjata Jepun seperti katana dan wakizashi. Mudah-mudahan tidak mudah tanggal daripada hulunya, insyaAllah.



Bilah mata pedang ini dihiasi dengan kata-kata "Saaah Fa Zu" dalam tulisan Jawi bermaksud "I will defend" yang menjadi trademark hasil tangan saya.

Proses staining pada bahagian hulu pedang

Warna asal bahagian kayu pada pedang ini, sebelum dilakukan staining. Jelas kelihatan 2 pasak buluh yang digunakan untuk memastikan bahawa bilah tidak akan tercabut daripada hulu pedang ketika digunakan.
Kepada sesiapa yang berminat atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pedang ini, atau ingin membuat tempahan custom, bolehlah hubungi saya di FB saya atau email kepada narapaduka313@gmail.com. Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025

  Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 akan menjadi titik pertemuan bersejarah antara dunia persilatan dan dunia akademik. Pada b...