Assalamualaikum and May Peace be Upon You... AlhamduLillah, semalam saya menghadiri satu majlis ilmu yang cukup memberangsangkan Minda dan Jiwa. Majlis pelancaran atau soft launch buku-buku hasil karya tuan Merah Silu @ Radzie Sapiee semalam telah dilangsungkan dengan jayanya di kediaman beliau dekat Rawang. Majlis telah dihadiri rakan-rakan dan peminat-peminat Sejarah dan Alam Melayu, dibuat secara santai dan informal.
Majlis bermula dengan sepatah dua kata daripada Tun Suzana, pengasas KEMUDI (Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam) dan penulis buku Ahlul Bait Rasulullah SAW dan Raja-raja Melayu. Sesi seterusnya diserahkan kepada tuan Merah Silu untuk berdialog secara ringkas tentang buku-buku terbaru beliau Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu dan Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia.
Diskusi ilmiah yang tercetus berlangsung dengan begitu khusyu' sekali sehingga para hadirin tak sedar masa berlalu... Majlis berhenti rehat pada jam 6 petang untuk memberi peluang para hadirin bersolat dan menikmati sedikit juadah yang disediakan tuan rumah. Wacana yang sepatutnya disambung selepas break bertukar kepada diskusi di dalam kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai common interest.
Ada yang berbincang mengenai ekonomi, ada yang berkongsi mengenai ilmu tasauf dan keTuhanan, ada yang membicarakan soal peradaban Melayu... hamba yang hina ini pula diajukan pelbagai persoalan mengenai keris dan pedang 😅
Satu notion yang menarik yang ingin saya kongsikan di sini adalah dari segi pemakaian busana tradisional Melayu di majlis-majlis formal. Pemakaian busana sepatutnya harus digalakkan di majlis-majlis formal kerana ini adalah pakaian para intelek dan nobility Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat yang telah mengubah persepsi masyarakat setempat dengan dasar pecah dan perintah serta konsep-konsep dan ideal mereka yang tidak berdasarkan syariat Islam. Saya berpendapat bahawa sudah tiba masanya kita mengubah persepsi ini kerana pakaian lounge suit yang selama ini menjadi dress code kita di majlis-majlis formal should be supplemented by the option of wearing the traditional busana.
Pemakaian busana ini bukanlah terhad kepada persatuan-persatuan dan perguruan-perguruan persilatan semata-mata, sebaliknya harus diamalkan oleh seluruh masyarakat yang menganggap diri mereka MELAYU. Ianya bukanlah satu cara pemakaian kekampungan atau kolot seperti yang difikirkan oleh ramai di luar sana. Orang Jepun bangga dengan kimono dan hakama mereka, begitu juga Orang Hindi dengan sari mereka. Kenapa tidak Orang MELAYU? Ianya merupakan satu manifestasi peradaban yang tinggi jika dibandingkan dengan pakaian harian kita sekarang - jeans and t-shirt. Tetapi, wajib saya nyatakan di sini, pemakaian busana harus disertakan dengan sikap dan adab atau attitude dan bearing yang sesuai. Pakaian tersebut seharusnya dijaga rapi, dan pemakainya seharusnya menjaga adab dan perlakuan ketika mengenakan pakaian tersebut.
Pakaian adalah isyarat diri. Hendak bertanjak, berkeris, biarlah berilmu. Jangan kita main hentam keromo saja. Fahamkan erti atau kisah di sebalik tanjak yang dikenakan. Penggunaan warna pada busana, gaya mengikat sampin, jenis hulu keris, pembawakan diri kita... pemakaian busana ini adalah dress code Orang Melayu, sepertimana lounge suit adalah dress code orang Barat. Kenalah sesuai dengan pemakainya.
Alhamdulillah... satu pengalaman perkongsian ilmu yang amat bermanfaat untuk semua yang hadir. Cuma manusia dijadikan sama, tetapi fitrahnya berbeza... masing-masing pulang dengan semangat baru dan ilmu yang baru mengikut rezeki masing-masing. Mudah-mudahan banyak lagi perjumpaan seperti ini akan diadakan di masa hadapan, insyaAllah... Wassalam...
Nara Martial Arts Academy documents the evolution of Southeast Asian combat traditions, weapon design, and tactical innovation. From historical research to modern applications, this platform explores martial arts, biomechanics, and advanced defence technologies—including the ArMAS initiative.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025
Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 akan menjadi titik pertemuan bersejarah antara dunia persilatan dan dunia akademik. Pada b...

-
Haji Muhammad Hanif bin Haji Hosainel Majidi 1 1 Nara Martial Arts Academy ABSTRAK Parang lading merupakan senjata orang Kedah...
-
In Silat, a strike is never just a strike. Behind the graceful motion of a langkah or the devastating arc of a parang lading lies a deeper f...
-
Sometimes we think of lineage as something you can only trace physically. Teacher to student, master to disciple, one hand passing to the ne...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.