Tuesday, 20 February 2018

Gilding? Apa tu?

Assalamualaikum and may Peace be upon you... Hari ini saya ingin berkongsi tentang teknik gilding. Mereka yang sudah biasa dengan kaedah metalworking mungkin sudah tahu apa itu gilding. Pada dasarnya, teknik ini melibatkan aplikasi gold foil atau kerajang emas (atau apa-apa jenis logam lain) kepada permukaan objek seperti kayu, besi atau kertas untuk memberikan kesan keemasan kepada objek tersebut. Kaedah ini merupakan satu kaedah dekoratif yang sering digunakan untuk memberikan ilusi bahawa sesuatu objek itu diperbuat daripada emas.

Contoh kaedah gilding yang diaplikasikan kepada sebuah kotak kayu berukir

Contoh kaedah gilding yang dibuat pada manuskrip, seperti helaian kitab suci Al-Qur'an
Kaedah gilding ini dikatakan bermula sejak zaman Mesir kuno, dan turut popular di Rome dan ia juga berkembang di China dan negara-negara Timur. Ianya telah berkembang hampir ke seluruh dunia dan telah dan masih digunakan sehingga kini. Terdapat pelbagai teknik gilding, daripada yang kompleks kepada yang ringkas, tetapi semuanya melibatkan proses penampalan gold foil yang amat nipis kepada suatu permukaan. Kaedah ini turut diamalkan dalam seni automotif!

Contoh teknik gilding pada tangki minyak motosikal berkuasa tinggi
Teknik ini turut digunakan pada seni senjata untuk menyerlahkan lagi penampilan senjata tersebut, sesuai dengan status pemakainya. Pada senjata seperti pedang, kaedah ini sering diaplikasikan pada hulu, sarung dan juga mata pedang tersebut. Biasanya, untuk mata pedang, corak yang ingin dibuat gilding akan dilakukan etching terlebih dahulu untuk memberikan permukaan yang sesuai untuk aplikasi kerajang emas tersebut.


Proses etching ini mempunyai dua tujuan iaitu satu untuk memberikan substrate atau permukaan yang sesuai untuk melekatkan kerajang emas dan keduanya supaya corak yang dibuat itu terkedalam sedikit daripada permukaan mata pedang dan ini akan membantu untuk mengurangkan kesan geseran antara mata pedang dan sarungnya. Harus diingat bahawa gilding ini bersifat dekoratif dan tidak begitu tahan lasak.

Aplikasi gold leaf kepada mata pedang yang telah dilakukan teknik etching
Untuk melindungi permukaan kerajang ini, biasanya sejenis lacquer akan disapukan kepada bahagian yang disalut emas. Lapisan ini juga akan menyerlahkan lagi warna keemasan permukaan tersebut.


Saya menggunakan masking tape untuk menghalang gam atau size yang digunakan daripada melangkaui kawasan yang hendak disalut emas.


Inilah hasil akhir kaedah gilding yang diaplikasikan pada mata sebilah pedang pendek yang akan saya paparkan di dalam posting saya yang seterusnya. Sekian buat masa ini. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025

  Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 akan menjadi titik pertemuan bersejarah antara dunia persilatan dan dunia akademik. Pada b...