Dengan Kehendak Allah yang bersifat Rahman dan Rahim...
Assalamualaikum... May Peace be upon you. "Saaah Fa Zu" - satu frasa bahasa Arab yang bermaksud "Aku akan mempertahankan" atau "I will defend". Satu frasa yang membawa erti begitu mendalam kepada saya sepanjang perjalanan yang ditempuhi di bumi Allah ini. Perjalanan selama lebih kurang 4 dekad ini telah banyak mengajar saya tentang hidup... memang benar kata pujangga... Hidup Ibarat Roda. Ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah... The ups and downs of life... tetapi roda itu tetapnya berputar sehinggalah sampai ke destinasinya.
Melalui warkah ini saya berharap dapat berkongsi pengalaman dan pemikiran, rasa dan jiwa yang tak seberapa ini. Tujuan utama saya menulis di blog ini ialah untuk menceritakan sedikit sebanyak kaedah penciptaan atau fabrication process bagi hasil-hasil kerja tangan saya - sama ada dari besi, kayu mahupun bahan komposit seperti fiberglass dan carbon fiber.
Kepada yang ingin menghubungi saya, bolehlah ke laman Facebook saya, Nara Paduka dan add saya sebagai friend anda di sana. Saya juga mempunyai akaun IG dengan nama yang sama iaitu Nara Paduka.
InsyaAllah... semoga ukhwah berpanjangan... wassalam...