Wednesday, 28 February 2018

The Malay World within Islamic Civilization: The Need for High Culture

Assalamualaikum and May Peace Be Upon You... most of my articles thus far have been in Malay, but today I am writing in English, in relation to the topic. On 26 February 2018, I attended a lecture by Tan Sri Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, President of IIUM and Socio-Cultural Advisor to the Government of Malaysia at the Interntional Institute of Islamic Civilization & Malay World (ISTAC) in Kuala Lumpur. I was invited by a colleague of mine and we went there with a couple of our friends, including Merah Silu and his lovely wife. We were all attired in traditional busana.

In his one-hour-plus lecture, Tan Sri Dr Rais Yatim took us on a guided tour over the times, from pre-history to the modern age with regards to the Malay World and Islamic society in general. An interesting point that I would like to reiterate here is his call for Muslims (especially Malays) to become inventors again, and in such citing names such as Al-Khwarizmi and Ibnu Sinna, who were pioneers of Mathematics and Medical Sciences in the past.



In fact the Malays were great inventors and pioneers, especially in the field of maritime technology. This is evident in the socio-cultural and archaeological findings around the world. A keris found in Japan, Malay-speaking people in Madagascar, mDNA research findings and classical texts and various accounts from foreign sources make up the plethora of information on the distribution of the Malay peoples.

Another significant Malay invention is the keris. This relatively short weapon has no equal (in shape and design) in other parts of the world. It is a functional weapon, and also a symbol of the Malay people and their adherence to the teachings of Islam. There are practically hundreds of patterns of keris, but all have a common theme. It is primarily a thrusting weapon, designed to cause a somewhat fatalwound to the attacker. But it is also a gentlemanly weapon. One who is truly adept at wielding the keris will know how to cause superficial wounds - warning shots if you may - and inflict killing strikes with this weapon if need be.

Sadly, this weapon is gradually being forgotten by its own people. Ask a youngster or even a typical Malay layman, what a keris is, and I bet not even half of them know exactly what they are talking about. Ask them if they have one in their possession, and this number will fall more drastically. Some may even claim that their father or grandfather had one, but they threw it into the river or sea at the advise of some ustaz or other, saying that the weapon is possessed and is not to be kept for fear of the Jinn disturbing the household... which in a sense may be true, if you firmly believe that these supernatural beings are more powerful than God! Na'uzubillah...

Now, let's get back on the topic. Dr Rais mentioned that Malays should start inventing again... such is the concept of ilmu or knowledge. It continuously expands and new discoveries should be made at every turn. Allah mentioned in the Qur'an, in surah Al-Kahfi verse 109,

"Say: 'If the ocean were ink (wherewith to write out) the words of my Lord, sooner would the ocean be exhausted than would the words of my Lord, even if we added another ocean like it, for its aid.'"

As such, the search for knowledge is one thing, but its dissemination is another. In the past, knowledge has been shared relatively more freely than now. In some institutions, members of the general public is allowed into lecture halls to listen to talks and classes given by teachers and professors. Unfortunately, that is not always the case. Some colleges, universities and institutions of higher learning do not allow members of the public access to the lectures and talks given, as such confining the knowledge to the select few. This capitalistic approach towards knowledge is essentially stunting the growth of High Culture.

Foreign intervention also did its part in virtually paralyzing the knowledge-based institution of the Malay peoples. They were taught that they are inferior to Western civilization and ethics, and that their ways are archaic and out-of-fashion. It was against that notion that some of us decided to attend a formal lecture by a prominent speaker at an institution of higher learning dressed in our finest busana, with tanjak on our heads and keris tucked in our sampin. This was the lounge suit of the Malays, and it should be allowed as an option at formal events such as this. If other cultures are allowed to dress in their traditional attire during formal functions and state events, why not us?

In closing, the lecture given by Dr Rais Yatim was - to me - a mind-opener, a starting line to get the Malays up and running again. The re-cultivation of Malay High Culture should also be a key point in the Malaysian Government's TN50 initiative, which aims to guide our country to become one of the best nations in the world in 30 years' time. Nonetheless, all this will come to nought without the inclusion and practice of a High Culture. AlhamduLillah, our presence attired in busana were warmly received and appreciated, and I hope that this continue to eventually become a norm in our modern society, together with the concept of disseminating knowledge to those who wish to have access to it as all knowledge belongs to Allah, and it is to Him that all of us shall return.

Wabillahi taufiq wal hidayah...


Saturday, 24 February 2018

Intelek Melayu

Assalamualaikum and May Peace be Upon You... AlhamduLillah, semalam saya menghadiri satu majlis ilmu yang cukup memberangsangkan Minda dan Jiwa. Majlis pelancaran atau soft launch buku-buku hasil karya tuan Merah Silu @ Radzie Sapiee semalam telah dilangsungkan dengan jayanya di kediaman beliau dekat Rawang. Majlis telah dihadiri rakan-rakan dan peminat-peminat Sejarah dan Alam Melayu, dibuat secara santai dan informal. 



Majlis bermula dengan sepatah dua kata daripada Tun Suzana, pengasas KEMUDI (Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam) dan penulis buku Ahlul Bait Rasulullah SAW dan Raja-raja Melayu. Sesi seterusnya diserahkan kepada tuan Merah Silu untuk berdialog secara ringkas tentang buku-buku terbaru beliau Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu dan Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia.



Diskusi ilmiah yang tercetus berlangsung dengan begitu khusyu' sekali sehingga para hadirin tak sedar masa berlalu... Majlis berhenti rehat pada jam 6 petang untuk memberi peluang para hadirin bersolat dan menikmati sedikit juadah yang disediakan tuan rumah. Wacana yang sepatutnya disambung selepas break bertukar kepada diskusi di dalam kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai common interest.

Ada yang berbincang mengenai ekonomi, ada yang berkongsi mengenai ilmu tasauf dan keTuhanan, ada yang membicarakan soal peradaban Melayu... hamba yang hina ini pula diajukan pelbagai persoalan mengenai keris dan pedang 😅

Satu notion yang menarik yang ingin saya kongsikan di sini adalah dari segi pemakaian busana tradisional Melayu di majlis-majlis formal. Pemakaian busana sepatutnya harus digalakkan di majlis-majlis formal kerana ini adalah pakaian para intelek dan nobility Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat yang telah mengubah persepsi masyarakat setempat dengan dasar pecah dan perintah serta konsep-konsep dan ideal mereka yang tidak berdasarkan syariat Islam. Saya berpendapat bahawa sudah tiba masanya kita mengubah persepsi ini kerana pakaian lounge suit yang selama ini menjadi dress code kita di majlis-majlis formal should be supplemented by the option of wearing the traditional busana.

Pemakaian busana ini bukanlah terhad kepada persatuan-persatuan dan perguruan-perguruan persilatan semata-mata, sebaliknya harus diamalkan oleh seluruh masyarakat yang menganggap diri mereka MELAYU. Ianya bukanlah satu cara pemakaian kekampungan atau kolot seperti yang difikirkan oleh ramai di luar sana. Orang Jepun bangga dengan kimono dan hakama mereka, begitu juga Orang Hindi dengan sari mereka. Kenapa tidak Orang MELAYU? Ianya merupakan satu manifestasi peradaban yang tinggi jika dibandingkan dengan pakaian harian kita sekarang - jeans and t-shirt. Tetapi, wajib saya nyatakan di sini, pemakaian busana harus disertakan dengan sikap dan adab atau attitude dan bearing yang sesuai. Pakaian tersebut seharusnya dijaga rapi, dan pemakainya seharusnya menjaga adab dan perlakuan ketika mengenakan pakaian tersebut.

Pakaian adalah isyarat diri. Hendak bertanjak, berkeris, biarlah berilmu. Jangan kita main hentam keromo saja. Fahamkan erti atau kisah di sebalik tanjak yang dikenakan. Penggunaan warna pada busana, gaya mengikat sampin, jenis hulu keris, pembawakan diri kita... pemakaian busana ini adalah dress code Orang Melayu, sepertimana lounge suit adalah dress code orang Barat. Kenalah sesuai dengan pemakainya.


Alhamdulillah... satu pengalaman perkongsian ilmu yang amat bermanfaat untuk semua yang hadir. Cuma manusia dijadikan sama, tetapi fitrahnya berbeza... masing-masing pulang dengan semangat baru dan ilmu yang baru mengikut rezeki masing-masing. Mudah-mudahan banyak lagi perjumpaan seperti ini akan diadakan di masa hadapan, insyaAllah... Wassalam...

Wednesday, 21 February 2018

[Untuk Dimaharkan] Pedang Pendek

Assalamualaikum and May Peace be upon you. Di sini, ingin saya paparkan sebilah pedang pendek rekabentuk custom dan eksklusif untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dan ditakdirkan untuk memilikinya.



Pedang ini berukuran 24 inci keseluruhan, dengan bilah mata 15 inci dan hulu 8.5 inci. Matanya diperbuat daripada high-carbon steel (besi spring) sepuhan minyak dan air, dihiasi dengan teknik electroetching dan gilding. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu rhu (Casuarina sp.) yang telah disapukan stain dan dilindungi 3 lapisan lacquer. Sebagai pemanis, pedang ini turut dipasangkan dengan tanduk kerbau pada temi dan mulut serta kasut atau tapak sarungnya. Mata pedang ini dikemaskan kepada hulunya dengan menggunakan gam dan disokong oleh 2 batang pasak buluh, seperti yang sering digunakan pada senjata Jepun seperti katana dan wakizashi. Mudah-mudahan tidak mudah tanggal daripada hulunya, insyaAllah.



Bilah mata pedang ini dihiasi dengan kata-kata "Saaah Fa Zu" dalam tulisan Jawi bermaksud "I will defend" yang menjadi trademark hasil tangan saya.

Proses staining pada bahagian hulu pedang

Warna asal bahagian kayu pada pedang ini, sebelum dilakukan staining. Jelas kelihatan 2 pasak buluh yang digunakan untuk memastikan bahawa bilah tidak akan tercabut daripada hulu pedang ketika digunakan.
Kepada sesiapa yang berminat atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pedang ini, atau ingin membuat tempahan custom, bolehlah hubungi saya di FB saya atau email kepada narapaduka313@gmail.com. Sekian, wassalam.

Hendaklah kamu membuat persedian...

Assalamualaikum and may Peace be upon you... Allah berfirman di dalam kitab suci Al-Qur'an, dalam ayat ke-60 surah Al-Anfaal, mafhumnya:

"Hendaklah kamu membuat persediaan apa yang sekuasa-kuasa bagi kamu dari kekuatan..."

Ayat ini menggambarkan betapa pentingnya kita membuat persediaan untuk menghadapi apa-apa kemungkinan yang boleh mengganggu keamanan dan kesejahteraan kita dan keluarga kita. Begitu pentingnya kita membuat persediaan ini sehingga Allah menyatakannya di dalam Al-Qur'an.

Persediaan yang dimaksudkan di sini boleh diertikan sebagai persediaan dari segi alatan dan kaedah untuk menjaga keselamatan. Rasulullah S.A.W. bersabda, 

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, bermain pedang, berenang dan memanah” 
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Daripada ayat Al-Qur'an dan hadis di atas, jelaslah bahawa membuat persediaan (bersenjata) dan bermain pedang merupakan antara tanggungjawab kita sebagai Muslim lagi Mukmin. Saya terpanggil untuk menulis mengenai perkara ini kerana kita kerap mendengar pelbagai alasan daripada orang Melayu sendiri apabila diajak untuk belajar seni beladiri umumnya.

Kita sering mendengar kata-kata seperti sekarang ni orang dah tak pakai pedang, tembak dengan pistol je... ataupun tak minat la... buat apa nak main pedang? dan bermacam-macam lagi alasan dan kadangkala ejekan yang dilemparkan kepada penggiat seni beladiri dan mereka yang berminat untuk belajar.

Yang kata tembak dengan pistol tu, awak ada pistol? Cuba tembak saya sekarang... boleh? Kalau pistol dah habis peluru, awak nak buat apa? Pernah terfikir kenapa tentera pun ada bayonet di hujung senapang mereka? Anggota pasukan keselamatan yang bersenjata pun tidak dibenarkan membawa pulang senjata api mereka. Pernah terfikir kenapa pegawai tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua memakai pedang ke medan perang?

Mungkin ada di antara kita pula berfikir aku dah dewasa, takkan nak main pedang lagi? Untuk makluman saudara saudari tuan puan sekalian... kita yang dewasa ni lah sepatutnya belajar bermain pedang... Kalau kita sendiri tak reti, macam mana nak ikut sunnah Nabi? Macam mana kita nak ajar anak-anak kita? Fikir-fikirkan lah...

Ahli-ahli korporat di Jepun tetapnya meluangkan masa untuk berlatih kendo sebelum masuk ke pejabat. Kenapa? Nak berperang dengan komputer ke? Sebenarnya aktiviti bermain pedang atau traditional fencing ini banyak kelebihannya. Kalau tak ada faedah, buat apa Nabi suruh umatnya bermain pedang, kan? Di sini saya merujuk kepada kaedah permainan pedang sepertimana yang diamalkan ratusan tahun yang lalu, bukan Olympic Sport Fencing dan kendo moden yang telah hilang atau kurang nilai-nilai praktikal dan isinya.

Di antara kelebihan atau faedah belajar bermain pedang ini ialah pengamalnya dapat melatih minda untuk fokus, dan juga sebagai latihan psikomotor iaitu melibatkan kordinasi, pergerakan, ketangkasan, kelincahan dan kekuatan tubuh badan. Ia juga merupakan satu bentuk senaman holistik kerana ia bukan sahaja melibatkan pergerakan fizikal malah tumpuan mental. Permainan pedang menggalakkan kita supaya lebih alert kepada keadaan sekeliling dan melatih situational awareness. 

Terdapat banyak kaedah tradisional yang masih diamalkan dan semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat moden. HEMA atau Historical European Martial Arts berpandukan "kitab-kitab" atau treatise yang ditulis pada abad ke-14 hingga awal abad ke-20 dan sebahagian besar daripadanya adalah kaedah permainan pedang. Iaido atau The Art of Drawing the Sword daripada Jepun menitikberatkan teknik menewaskan musuh dalam sekelip mata, daripada pedang masih tersimpan di dalam sarungnya. Terdapat beberapa lagi contoh seni beladiri yang menggunakan pedang yang masih diamalkan sehingga kini.

Permainan pedang merupakan satu seni yang semakin hilang dalam masyarakat kini. Saya lebih suka menggunakan istilah seni pedang kerana ianya bukan sekadar permainan atau sukan. Seni pedang merangkumi pelbagai aspek yang meliputi kajian sains seperti fizik dan kinestetik, psikologi, falsafah dan lain-lain. Teknik seni pedang sebenarnya bukan semudah menetak atau memukul musuh dengan pedang. Faktor-faktor seperti angle of attack, edge alignment, point of percussion, rekabentuk pedang dan bahan buatan pedang itu turut memainkan peranan. Pedang adalah pedang dan bukan parang atau tongkat. Untuk belajar seni pedang, kita perlu kenal apakah itu pedang, ciri-cirinya, kelebihan serta kelemahannya supaya kita dapat menggunakannya secara optimum. Sekian, wassalam.

Tuesday, 20 February 2018

Gilding? Apa tu?

Assalamualaikum and may Peace be upon you... Hari ini saya ingin berkongsi tentang teknik gilding. Mereka yang sudah biasa dengan kaedah metalworking mungkin sudah tahu apa itu gilding. Pada dasarnya, teknik ini melibatkan aplikasi gold foil atau kerajang emas (atau apa-apa jenis logam lain) kepada permukaan objek seperti kayu, besi atau kertas untuk memberikan kesan keemasan kepada objek tersebut. Kaedah ini merupakan satu kaedah dekoratif yang sering digunakan untuk memberikan ilusi bahawa sesuatu objek itu diperbuat daripada emas.

Contoh kaedah gilding yang diaplikasikan kepada sebuah kotak kayu berukir

Contoh kaedah gilding yang dibuat pada manuskrip, seperti helaian kitab suci Al-Qur'an
Kaedah gilding ini dikatakan bermula sejak zaman Mesir kuno, dan turut popular di Rome dan ia juga berkembang di China dan negara-negara Timur. Ianya telah berkembang hampir ke seluruh dunia dan telah dan masih digunakan sehingga kini. Terdapat pelbagai teknik gilding, daripada yang kompleks kepada yang ringkas, tetapi semuanya melibatkan proses penampalan gold foil yang amat nipis kepada suatu permukaan. Kaedah ini turut diamalkan dalam seni automotif!

Contoh teknik gilding pada tangki minyak motosikal berkuasa tinggi
Teknik ini turut digunakan pada seni senjata untuk menyerlahkan lagi penampilan senjata tersebut, sesuai dengan status pemakainya. Pada senjata seperti pedang, kaedah ini sering diaplikasikan pada hulu, sarung dan juga mata pedang tersebut. Biasanya, untuk mata pedang, corak yang ingin dibuat gilding akan dilakukan etching terlebih dahulu untuk memberikan permukaan yang sesuai untuk aplikasi kerajang emas tersebut.


Proses etching ini mempunyai dua tujuan iaitu satu untuk memberikan substrate atau permukaan yang sesuai untuk melekatkan kerajang emas dan keduanya supaya corak yang dibuat itu terkedalam sedikit daripada permukaan mata pedang dan ini akan membantu untuk mengurangkan kesan geseran antara mata pedang dan sarungnya. Harus diingat bahawa gilding ini bersifat dekoratif dan tidak begitu tahan lasak.

Aplikasi gold leaf kepada mata pedang yang telah dilakukan teknik etching
Untuk melindungi permukaan kerajang ini, biasanya sejenis lacquer akan disapukan kepada bahagian yang disalut emas. Lapisan ini juga akan menyerlahkan lagi warna keemasan permukaan tersebut.


Saya menggunakan masking tape untuk menghalang gam atau size yang digunakan daripada melangkaui kawasan yang hendak disalut emas.


Inilah hasil akhir kaedah gilding yang diaplikasikan pada mata sebilah pedang pendek yang akan saya paparkan di dalam posting saya yang seterusnya. Sekian buat masa ini. Wassalam.

Thursday, 15 February 2018

Nabi Adam dan Alam Melayu

Assalamualaikum, may Peace be upon you... pagi ni saya tergerak nak berkongsi tentang tentang penulisan saudara Radzi Sapiee @ Merah Silu di dalam dua buah buku terbaru beliau bertajuk Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 tahun lalu dan Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia.

Pada dasarnya, penulis berhasrat untuk menyelaraskan atau menselarikan (?) maklumat yang diperolehi dalam kitab-kitab lama dan juga maklumat yang diperolehi berdasarkan kajian saintifik melalui archaeology, anthropology, liguistics, kajian mitochondrial DNA dan sebagainya. Premis penulis di sini adalah berdasarkan firman dan hadis yang menyatakan bahawa masa bergerak semakin cepat bila kita semakin hampir kepada akhir zaman. Turut dikemukakan theorem yang menyokong premis ini dari segi matematik.

Untuk makluman, penulis merupakan graduan sarjana muda Matematik daripada salah sebuah universiti terbaik di UK, dan beliau beralih arah berkelana di jalan tasawwuf untuk mencari Diri dan Erti. Perjalanan hidup beliau turut diceritakan serba sedikit di dalam buku-buku ini. Difahamkan, beliau telah menerbitkan 10 karya lain sebelum ini.

I'm not going to be a spoiler and reveal all the juicy bits of the books here. Cukuplah sekadar saya kongsikan bahawa hujah-hujah yang beliau kemukakan dalam penulisan beliau cukup meyakinkan. Tambahan pula gaya penulisan yang santai dan banyak mengaplikasikan layman's terms membuatkan buku-buku ini mudah difahami oleh kebanyakan pembaca (pendapat saya la 🤔).

Buku-buku ini akan tiba di rak-rak kedai buku tidak lama lagi. AlhamduLillah, saya antara mereka yang paling awal mendapat naskah cetakan pertama buku-buku ini melalui pre-order.  Setebal 320 mukasurat setiap satu dan dilengkapi dengan pelbagai jadual dan gambarajah untuk memberi pencerahan isu yang ditangani, buku-buku ini perlu dibaca dan dihadam oleh anak Melayu. Wassalam...

Saaah Fa Zu... I shall defend

Assalamualaikum... May Peace be upon you... bersua kita kembali. Kali ni, saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai proses pembikinan pisau dengan kaedah stock reduction atau dalam bahasa yang mudah, memotong sekeping besi untuk membentuk mata pisau.

Untuk projek ini, saya telah menggunakan sebilah kikir besi. Kikir besi merupakan dibuat dengan keluli yang dikenali juga sebagai tool steel iaitu sejenis keluli yang mempunyai kandungan carbon yang tinggi (high carbon steel). Tool steel biasanya telah di pre-hardened atau dalam ertikata lain, di sepuh atau telah dikeraskan terlebih dahulu. Tool steel terdiri daripada pelbagai gred, dan yang biasa terdapat ialah keluli 1090, iaitu mengandugi 0.9% kandungan carbon. Bagi hulu dan sarung, saya akan menggunakan kayu yang hampir 60 tahun berada dalam simpanan saya.


Kikir besi tersebut dipotong dengan menggunakan angle grinder untuk mendapatkan bentuk kasar pisau yang telah direka. Pisau yang direka ini mempunyai bilah 3 inci dan berbentuk full tang iaitu puting pisau (bahagian yang dimasukkan dalam pemegang atau hulu) dibuat sama panjang dengan hulu. Kelebihan rekabentuk full tang ini ialah pisau yang terhasil adalah lebih kuat dan tahan lasak.


Bentuk kasar mata pisau yang telah dipotong dan kemudiannya dicanai. Pada peringkat ini, edge bevel atau bahagian mata pisau yang tajam telah dibentuk. Saya telah mengubah sedikit design mata ini kepada bentuk drop point daripada bentuk normal. Di bawah saya sertakan satu gambarajah mengenai bentuk-bentuk mata pisau secara am. Setiap bentuk mata pisau mempunyai fungsi dan kelebihan masing-masing, bergantung kepada tujuan pisau tersebut dibuat.


Setelah bentuk asas mata pisau didapati, proses seterusnya ialah sepuhan atau tempering. Proses sepuhan akan menguatkan dan mengeraskan keluli yang digunakan sebagai mata pisau itu supaya ia kekal tajam walaupun digunakan berkali-kali. Proses sepuhan secara ringkasnya lakukan dengan memanaskan mata pisau tersebut sehingga keluli itu hilang sifat magnetiknya, dan kemudian direndam ke dalam air atau minyak untuk menyejukkannya dengan pantas. Proses ini akan menyebabkan berlakunya penyusunan semula atom-atom ferum dan carbon yg terdapat dalam struktur molekul keluli lalu menguatkannya.


Setelah disepuh, langkah seterusnya ialah membuat etching pada mata pisau. Mata pisau perlu dikilatkan terlebih dahulu dan dicuci dengan rubbing alchohol untuk membuang apa-apa sisa minyak atau bendasing yang boleh mengganggu proses etching yang bakal dilakukan. Teknik yang saya aplikasikan dalam projek ini dipanggil electroetching iaitu menggunakan sejenis elektrolit dan arus elektrik untuk mengakis bahagian tertentu mata pisau tadi untuk menghasilkan corak yang diingini. 


Setelah selesai proses electroetching, sarung dan hulu pisau sudah boleh mula dibentuk. Saya menggunakan kaedah belahan untuk menghasilkan sarung pisau. Hulunya pula terdiri daripada dua bahagian yang akan dilekatkan dengan menggunakan gam dan pin atau pasak yang dibuat daripada buluh (ala-ala pedang samurai atau katana). Setelah digam, bahagian-bahagian ini akan dipotong dan dibentuk.



Setelah dibentuk, sarung dan hulu pisau ini akan diperhalusi dengan menggunakan kertas pasir dan kemudian disembur dengan lacquer untuk memberikan kemasan terakhir.


Setelah lacquer kering, saya akan mengasah dan menggilapkan mata pisau ini supaya boleh digunakan. Beginilah hasil akhir pisau buatan tangan sendiri yang dihasilkan menggunakan teknik stock reduction. Bilah clip point 3 inci, mata full tang bersepuh air, electroetching, dengan sarung dan hulu daripada kayu.

InsyaAllah saya akan menghasilkan beberapa bilah lagi pisau seperti ini dan juga yang lain untuk dilepaskan kepada pemilik-pemilik yang baru nanti. Saya akan kongsikan lagi hasil-hasil karya saya di blog ini dari masa ke semasa. Setiap satu hasil kerja tangan saya akan saya "tandatangan" dengan frasa saaah fa zu pada matanya.

Welcome to Nara Bladeworks

Dengan Kehendak Allah yang bersifat Rahman dan Rahim...


Assalamualaikum... May Peace be upon you. "Saaah Fa Zu" - satu frasa bahasa Arab yang bermaksud "Aku akan mempertahankan" atau "I will defend". Satu frasa yang membawa erti begitu mendalam kepada saya sepanjang perjalanan yang ditempuhi di bumi Allah ini. Perjalanan selama lebih kurang 4 dekad ini telah banyak mengajar saya tentang hidup... memang benar kata pujangga... Hidup Ibarat Roda. Ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah... The ups and downs of life... tetapi roda itu tetapnya berputar sehinggalah sampai ke destinasinya.

Melalui warkah ini saya berharap dapat berkongsi pengalaman dan pemikiran, rasa dan jiwa yang tak seberapa ini. Tujuan utama saya menulis di blog ini ialah untuk menceritakan sedikit sebanyak kaedah penciptaan atau fabrication process bagi hasil-hasil kerja tangan saya - sama ada dari besi, kayu mahupun bahan komposit seperti fiberglass dan carbon fiber.

Kepada yang ingin menghubungi saya, bolehlah ke laman Facebook saya, Nara Paduka dan add saya sebagai friend anda di sana. Saya juga mempunyai akaun IG dengan nama yang sama iaitu Nara Paduka.

InsyaAllah... semoga ukhwah berpanjangan... wassalam...

Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025

  Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 akan menjadi titik pertemuan bersejarah antara dunia persilatan dan dunia akademik. Pada b...