Thursday, 15 February 2018

Nabi Adam dan Alam Melayu

Assalamualaikum, may Peace be upon you... pagi ni saya tergerak nak berkongsi tentang tentang penulisan saudara Radzi Sapiee @ Merah Silu di dalam dua buah buku terbaru beliau bertajuk Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 tahun lalu dan Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia.

Pada dasarnya, penulis berhasrat untuk menyelaraskan atau menselarikan (?) maklumat yang diperolehi dalam kitab-kitab lama dan juga maklumat yang diperolehi berdasarkan kajian saintifik melalui archaeology, anthropology, liguistics, kajian mitochondrial DNA dan sebagainya. Premis penulis di sini adalah berdasarkan firman dan hadis yang menyatakan bahawa masa bergerak semakin cepat bila kita semakin hampir kepada akhir zaman. Turut dikemukakan theorem yang menyokong premis ini dari segi matematik.

Untuk makluman, penulis merupakan graduan sarjana muda Matematik daripada salah sebuah universiti terbaik di UK, dan beliau beralih arah berkelana di jalan tasawwuf untuk mencari Diri dan Erti. Perjalanan hidup beliau turut diceritakan serba sedikit di dalam buku-buku ini. Difahamkan, beliau telah menerbitkan 10 karya lain sebelum ini.

I'm not going to be a spoiler and reveal all the juicy bits of the books here. Cukuplah sekadar saya kongsikan bahawa hujah-hujah yang beliau kemukakan dalam penulisan beliau cukup meyakinkan. Tambahan pula gaya penulisan yang santai dan banyak mengaplikasikan layman's terms membuatkan buku-buku ini mudah difahami oleh kebanyakan pembaca (pendapat saya la 🤔).

Buku-buku ini akan tiba di rak-rak kedai buku tidak lama lagi. AlhamduLillah, saya antara mereka yang paling awal mendapat naskah cetakan pertama buku-buku ini melalui pre-order.  Setebal 320 mukasurat setiap satu dan dilengkapi dengan pelbagai jadual dan gambarajah untuk memberi pencerahan isu yang ditangani, buku-buku ini perlu dibaca dan dihadam oleh anak Melayu. Wassalam...

1 comment:

  1. Alhamdulillah. Terima kasih atas ulasannya tuan. Ringkas tapi padat.. :]

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025

  Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 akan menjadi titik pertemuan bersejarah antara dunia persilatan dan dunia akademik. Pada b...