Nara Martial Arts Academy documents the evolution of Southeast Asian combat traditions, weapon design, and tactical innovation. From historical research to modern applications, this platform explores martial arts, biomechanics, and advanced defence technologies—including the ArMAS initiative.
Monday, 25 June 2018
Art of the Sword Siri 3/2018
Assalamualaikum and May Peace be upon You...
Bengkel sehari asas pedang (Art of the Sword) kembali lagi, kali ini di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah. Bengkel kali ini akan diadakan pada 7 Julai 2018 dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Bengkel sehari asas pedang ini akan merangkumi aspek sejarah pedang, sejarah Seni Sukma Kencana, cara-cara mengendalikan sebilah pedang, adab-adab berpedang, latihan-latihan conditioning dan asas berpedang, penanti Hamzah Satu, kaedah asas tangkisan (Kaedah AHMAD) dan sebahagian daripada buah-buah matapelajaran di dalam Peringkat Umar I.
Bengkel akan disampaikan sendiri oleh Pengasas dan Guru Utama Perguruan Seni Sukma Kencana, Tuan Nara Paduka Hj Muhammad.
Yuran kursus* adalah RM100 seorang dan pedang latihan (kayu), makan tengahari dan sijil penyertaan akan disediakan untuk para peserta yang berjaya menamatkan bengkel ini. Para peserta amat digalakkan berbusana Melayu ketika menyertai bengkel. Sekiranya tiada, pakaian uniform silat atau martial art yang lain boleh dipakai. Bagi mereka yang tiada pakaian seni beladiri, bolehlah menghadirkan diri dengan berpakaian sukan yang sesuai.
Jualan pedang latihan (kayu) juga akan dibuat ketika bengkel ini. Pedang latihan (besi) dan pedang jenawi sukma juga boleh ditempah dengan harga istimewa oleh para peserta bengkel. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Tuan Nara Paduka Hj Muhammad melalui whatsapp di talian 018 979 1019. Tempat adalah terhad, kepada sesiapa yang berminat harap dapat mendaftar dan menjelaskan bayaran yuran kursus dengan segera.
* non-refundable/tidak akan dikembalikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025
Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 akan menjadi titik pertemuan bersejarah antara dunia persilatan dan dunia akademik. Pada b...

-
Haji Muhammad Hanif bin Haji Hosainel Majidi 1 1 Nara Martial Arts Academy ABSTRAK Parang lading merupakan senjata orang Kedah...
-
In Silat, a strike is never just a strike. Behind the graceful motion of a langkah or the devastating arc of a parang lading lies a deeper f...
-
Sometimes we think of lineage as something you can only trace physically. Teacher to student, master to disciple, one hand passing to the ne...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.